Loan Seremban | Syarikat Pinjaman Berlesen Negeri Sembilan

Pinjaman Berlesen Seremban

Mencari syarikat pinjaman wang berlesen yang sah di Seremban, Negeri Sembilan, boleh menjadi proses yang mencabar. Dengan pelbagai pilihan yang ada, ramai peminjam merasa sukar untuk memilih syarikat yang betul, terutamanya mereka yang memerlukan pinjaman segera untuk keperluan kewangan peribadi atau perniagaan.

Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Seremban, Negeri Sembilan

Anda sudah pencen dan tidak bekerja lagi? Nak perlukan duit untuk pengubahsuaian rumah, kos rawatan hospital, kos melancong, kos pembelajaran, kos kahwin, atau kos untuk selesaikan hutang di tempat lain.

Berikut adalah beberapa syarikat pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai di sekitar Seremban, Negeri Sembilan:

1. Bagus 4U Sdn. Bhd

Bagus 4U Sdn. Bhd

Bagus 4U Sdn. Bhd. telah beroperasi selama lebih dari 9 tahun dan dikenali dengan pelbagai skim pinjaman pada kadar faedah rendah. Syarikat ini menawarkan pinjaman kepada pekerja sektor swasta, kilang, dan kakitangan kerajaan.

  • Jumlah Pinjaman: RM500 – RM100,000
  • Alamat: 10-2, Jalan BPS2, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban

2. TOP CHOICE RESOURCES ENTERPRISE

Pinjaman Berlesen Seremban - TOP CHOICE RESOURCES ENTERPRISE

Syarikat ini adalah pilihan bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman dari bank. Dengan kelulusan yang cepat, TOP CHOICE menyediakan pinjaman peribadi dan skim pinjaman untuk kakitangan kerajaan.

  • Jumlah Pinjaman: RM1,000 – RM50,000
  • Alamat: 153-1, Jalan Komersial Senawang 1, Senawang Commercial Park, Seremban
  • Nombor Lesen: WL5600/05/01

3. iOS Credit – Centrepoint Seremban

iOS Credit terkenal dengan proses permohonan mudah dan kadar faedah yang bersaing, menjadikannya pilihan popular bagi mereka yang memerlukan pinjaman peribadi.

  • Jumlah Pinjaman: RM500 – RM50,000
  • Alamat: Lot 2-07 Centrepoint Seremban, Jalan Data Siamang Gagap, 70100 Seremban
  • Nombor Lesen: WL6401/10/01-6/150526

4. Mesti Nusajaya Sdn Bhd

Mesti Nusajaya Sdn Bhd

 

Dikenali dengan kelulusan segera dalam masa satu jam, Mesti Nusajaya Sdn Bhd menyediakan penyelesaian kewangan untuk pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan.

  • Alamat: No 118, 1st Floor, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban
  • Nombor Lesen: WL6859/05/01-2/210124

5. Hi Champ Enterprise

Hi Champ Enterprise

Hi Champ Enterprise merupakan pilihan ideal bagi mereka yang mempunyai komitmen kewangan yang tinggi atau mempunyai masalah hutang dengan syarikat lain. Syarikat ini mempunyai reputasi yang baik dengan perkhidmatan mesra pelanggan.

  • Alamat: No. 5722, Tingkat 1, Jalan Taman Semarak 2/1D, Taman Semarak, Nilai
  • Nombor Lesen: WL4288/05/01

6. Ezy Tasliff Sdn Bhd

  • Alamat: 11-2, Jalan Rasah Prima 1, Pusat Komersial Rasah Prima, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
  • Telefon: +601117101382

Ezy Tasliff Sdn Bhd adalah salah satu syarikat pinjaman berlesen yang terkenal di Seremban. Mereka menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi yang sesuai untuk keperluan kecemasan, perniagaan, atau pembelian aset.

7. EASYLOANBYFARA

  • Alamat: PT 7439(A), Jalan BBN 1/2F, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan.

EASYLOANBYFARA dikenali kerana menawarkan pinjaman peribadi yang mudah untuk pekerja dengan rekod pekerjaan yang stabil. Kelulusan permohonan dilakukan dengan cepat dan syarat pinjaman yang fleksibel menjadikan mereka pilihan yang baik bagi mereka yang memerlukan dana segera.

8. Jac Tech Enterprise

  • Alamat: PT 7442, Tingkat 1, Putra Point, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Jac Tech Enterprise menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk pinjaman sementara dan pinjaman peribadi. Mereka menumpukan kepada kelulusan yang cepat, menjadikannya sesuai bagi peminjam yang memerlukan pinjaman segera. Jac Tech Enterprise juga terkenal kerana menyediakan pelbagai pilihan pembayaran yang fleksibel.

9. Thirty Three Magnum Enterprise

  • Alamat: PT 7440 A, Jalan BBN 1/2f, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Thirty Three Magnum Enterprise adalah satu lagi pilihan syarikat pinjaman berlesen di Seremban yang menawarkan pelbagai pinjaman peribadi dan perniagaan. Mereka memastikan proses permohonan dan kelulusan dijalankan dengan efisien. Proses kelulusan cepat menjadi kelebihan utama mereka, menjadikan mereka popular di kalangan peminjam tempatan.

10. CLC Commission Sdn Bhd

  • Alamat: No.2, 1st floor, Jalan S2 B16, Biz Avenue, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

CLC Commission Sdn Bhd dikenali dengan slogan “kelulusan dalam masa 30 minit” yang menawarkan perkhidmatan pinjaman dalam talian dengan cepat dan mudah. Mereka menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman sementara yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelbagai pelanggan di Seremban.

11. Golden Sinma Pacific Enterprise

  • Alamat: Biz Avenue, No.34-2, Jln S2 B18, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Golden Sinma Pacific Enterprise adalah syarikat pinjaman berlesen yang dipercayai di Seremban. Mereka menawarkan pinjaman yang fleksibel untuk individu dan perniagaan kecil dengan proses yang mudah.

12. Syarikat Pinjaman Sah di Pulau Pinang – Overcome Resources

  • Alamat: No. 11, G/F & 1F, Lorong Bertam Indah 4/9, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
  • Nombor Lesen: WL4718 / 07 / 01-8 / 021120

Syarikat ini turut menawarkan perkhidmatan pinjaman berlesen dengan fokus di Pulau Pinang, tetapi mereka juga beroperasi di kawasan Seremban. Perkhidmatan mereka merangkumi pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan kecil, dan pinjaman penjaja/gerai makanan. Overcome Resources menyediakan khidmat nasihat kewangan untuk membantu peminjam membuat keputusan bijak.

Baca Lagi: Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar KPKT

Jangan Buat Bayaran Pendahuluan Pinjaman – Tips Elak Penipuan

Dalam dunia kewangan, ramai pengguna telah menjadi mangsa scammer oleh sindiket yang menyamar sebagai syarikat kewangan berlesen, bank, atau pemberi pinjaman kerajaan.
Antara trick utama mereka ialah meminta yuran pendahuluan sebelum pinjaman dapat diluluskan. Namun, pembayaran ini selalunya berakhir dengan wang lesap dan pemberi pinjaman palsu terus menghilangkan diri. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui cara mengenal pasti (scammer) ini dan membezakan pemberi pinjaman yang sah.

Kesimpulan

Untuk membantu mengelakkan kes penipuan ini, berikut adalah beberapa tanda utama yang menunjukkan sesebuah “penyedia pinjaman” mungkin adalah scammer:

  1. Pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta wang pendahuluan untuk meluluskan pinjaman. Jika anda diminta bayaran sedemikian, elakkan segera.
  2. Pastikan pemberi pinjaman tersebut memiliki lesen yang sah daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
  3. Scammer sering menggunakan bahasa yang kurang profesional atau terlalu mendesak untuk meyakinkan anda.
  4. Pemberi pinjaman yang sah akan melakukan pemeriksaan latar belakang kewangan sebelum memberikan pinjaman. Jika tiada semakan dilakukan, ini adalah satu tanda penipuan.

Cara Mengenal Pasti Syarikat Pinjaman Berlesen yang Sah

Untuk memastikan syarikat pinjaman berlesen di Seremban adalah sah, berikut beberapa langkah yang boleh anda ambil:

  • Setiap syarikat pinjaman berlesen di Malaysia dikawal selia oleh KPKT. Anda boleh melayari laman web rasmi KPKT untuk menyemak lesen syarikat tersebut.
  • KPKT menyediakan aplikasi mudah alih, i-KrediKom, yang membolehkan anda menyemak status lesen sesebuah syarikat pinjaman dengan mudah dan cepat.
  • Syarikat yang sah tidak akan meminta bayaran awal untuk proses pinjaman. Ini adalah salah satu ciri utama syarikat pinjaman berlesen.

Kesan Buruk Jika Terjebak dalam Penipuan Pinjaman

Terlibat dengan scammer bukan sahaja merugikan wang, tetapi juga boleh memberikan impak negatif kepada rekod kewangan anda. Berikut antara kesan buruk jika menjadi mangsa penipuan:

  • Kehilangan Wang – Jumlah wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan, malah anda tidak akan menerima pinjaman yang dijanjikan.
  • Rekod Kewangan Tercemar – Ada penipu yang menyalahgunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan jenayah, yang akhirnya boleh menjejaskan rekod kredit anda.
  • Stres dan Trauma – Mangsa penipuan sering mengalami tekanan mental dan emosional akibat daripada kes kehilangan wang dan diperdaya.

Post Terkait :